Memaparkan catatan dengan label CeMerLaNg. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CeMerLaNg. Papar semua catatan

5.23.2012

--Kejayaan dan Ertinya--

Apakah Kejayaan???

Saya ingin menceritakan satu perkara yang saya rasa harus ada pada semua induvidu.   dan ianya mengenai Kejayaan.

Kejayaan adalah sesuatu yang amat subjektif, dan ianya 
membawa banyak makna yang berlainan kepada orang lain.

Ada yang menyangkakan bahawa mereka mendapat kejayaan ini adalah kerana mereka berusaha dan dengan penat lelah dan juga kerja teruk merekalah yang mereka berjaya. hmmmmm.

Walaupun kerja keras itu adalah sesuatu yang mesti dilakukan dalam mencapai kejayaan, tetapi tanpa kasihan ALLAH, maka tak akan berjaya walau setakat mana kerasa sekalipun kita bekerja. Kita harus melakukan apa yang harus dilakukan dan kejayaan adalah hak Allah.

Allah saja yang memberikan kejayaan, dengan izin allah ini lah maka seseorang itu boleh berjaya. Jadi kejayaan itu sebenarnya adalah milik Allah dan bukan milik kita. Kita dipilih oleh Allah untuk diberikan kejayaan tersebut. Dan ini sebenarnya tanggungjawab yang diberikan oleh Allah untuk kita gunakan kejayaan ini untuk menambah nilai kepada orang lain .

Sekiranya anda diberikan kejayaan dalam apa jua perkara maka pertama sekali anda harus faham kejayaan itu bukan milik anda sebaliknya milik ALLAH, dan anda hanya di berikan kejayaan itu supaya dengan kejayaan itu anda boleh membantu orang lain untuk juga berjaya.

Jadi, bagi saya kejayaan adalah satu pemberian kepada orang yang dipilih mengikut usaha mereka , dan dipertanggungjawabkan untuk membantu orang lain juga berjaya.
Jadi jika seseorang itu angkuh dan riak akan kejayaan, maka dia tidak faham akan kebenaran sebenar kejayaan ini. Fikir-fikirkan lah, Semua orang boleh berjaya dan sebenarnya semua orang dilahirkan sebagai orang yang berjaya.
            

5.18.2012

-Belajar Berkat-


Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan
Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

-segar mata dgn kaksus-


          --SeGar Mata,,, hijau bilik  dengan kaktus  :)

    slm,,  tak lama dah nak final ...ramai orang mengalami stress  :(
    saya ada ....satu jalan untuk mengatasi stress ....>> iaitu...
    ------ Letak kaktus tempat baca buku ------
    untuk menyegar mata  dan otak kamu.. huhu.
       

          Apa katus ini??


Kaktus merupakan sejenis pokok atau tumbuhan daripada famili Cacta­ceae berasal dari Benua Amerika, berbatang hijau, berisi, dan berduri yang biasanya banyak terdapat di kawasan panas dan kering. Hampir semua tumbuhan batang berduri adalah kaktus. Kaktus telah berevolusi bermula dari jenis primitif yang hampir seakan bunga mawar sehinggalah ke yang berbentuk glob dan lajur seperti yang dikenali sekarang.
             
Kaktus,,boleh mengatasi stress>> kerana kehijauan kaktus itu boleh menyegar otak dan mata kita..


                      (:  ____________________________________________  :)

4.14.2012

-- Demi Masa--



Setiap saat adalah peluang

"Masa itu adalah emas". Perumpamaan yang sudah lama kita dengar, dan tentu sekali kita sudah pun tahu apakah maksudnya bukan? Masa sentiasa bergerak ke hadapan. Berjalan dan terus berjalan.

Tanpa berpatah balik, dan mustahil bagi masa untuk menunggu kita. Sejak kita dikandungkan dalam perut ibu, kemudian dilahirkan ke dunia, melalui fasa fasa zaman yang berbeza. Zaman bayi, zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman dewasa, dan mungkin nanti, InsyaAllah, zaman usia emas. Warga emas. Berpeluangkah kita untuk melalui setiap fasa zaman itu? Dan di fasa manakah kita berada ketika ini?

Cuba kita hitung umur kita pula. Mungkin ada yang baru berusia belasan tahun, mungkin ada juga yang baru ingin mencecah puluhan tahun, dan mungkin ada juga yang telah pun masuk ke alam puluhan.  Masing masing mungkin berada di fasa usia yang berbeza, tetapi hakikatnya, kita punya satu tujuan hidup yang sama. Cuma mungkin, berlainan cara pemikiran bergantung kepada tahap usia seseorang.

Selepas umur dihitung, cuba kita hitung semula masa yang ada. Berapa banyak masa yang telah kita habiskan. Dan dengan cara apa kita habiskan masa itu? Ya Allah, sungguh ternyata, masa itu tidak akan mampu untuk kita hitung. Apatah lagi untuk menghitung segala pengisian setiap saat tersebut. Tidak tergambar betapa banyaknya masa yang telah kita gunakan. Guna untuk itu, guna untuk ini. Gunakan untuk dia dan dia, mahupun mereka. Dan juga gunakan untuk diri sendiri.

Ketika ini, ambil sedikit masa. Lihatlah diri dalam cermin. Renung secara dalam. Cuba cari kesimpulan, secara keseluruhan, masa itu kita guna untuk apa? Ternyata, sekali lagi kita hanya mampu terdiam.

Kita renung juga Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Asr,
"Demi Masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. "
(Surah Al Asr)


                                   ---------------------------------------------------------------

4.04.2012

My Song --Just Fine--

My Song  --Just Fine--Tambah Semangat saya Time  mula-mula Belajar UKM-   :)




---------------  Usaha Sedaya UpaYa ,,,,ReSuLt TaWakKaL ----------------