Apakah Kejayaan???
Saya ingin menceritakan
satu perkara yang saya rasa harus ada pada semua induvidu. dan ianya mengenai
Kejayaan.
membawa banyak makna yang berlainan kepada orang
lain.
Ada yang menyangkakan
bahawa mereka mendapat kejayaan ini adalah kerana mereka berusaha dan dengan
penat lelah dan juga kerja teruk merekalah yang mereka berjaya. hmmmmm.
Walaupun kerja keras itu
adalah sesuatu yang mesti dilakukan dalam mencapai kejayaan, tetapi tanpa
kasihan ALLAH, maka tak akan berjaya walau setakat mana kerasa sekalipun kita
bekerja. Kita harus melakukan apa yang harus dilakukan dan kejayaan adalah hak
Allah.
Allah saja yang
memberikan kejayaan, dengan izin allah ini lah maka seseorang itu boleh
berjaya. Jadi kejayaan itu sebenarnya adalah milik Allah dan bukan milik kita.
Kita dipilih oleh Allah untuk diberikan kejayaan tersebut. Dan ini sebenarnya
tanggungjawab yang diberikan oleh Allah untuk kita gunakan kejayaan ini untuk
menambah nilai kepada orang lain .
Sekiranya anda diberikan
kejayaan dalam apa jua perkara maka pertama sekali anda harus faham kejayaan
itu bukan milik anda sebaliknya milik ALLAH, dan anda hanya di berikan kejayaan
itu supaya dengan kejayaan itu anda boleh membantu orang lain untuk juga berjaya.
Jadi, bagi saya kejayaan
adalah satu pemberian kepada orang yang dipilih mengikut usaha mereka , dan
dipertanggungjawabkan untuk membantu orang lain juga berjaya.
Jadi jika seseorang itu
angkuh dan riak akan kejayaan, maka dia tidak faham akan kebenaran sebenar
kejayaan ini. Fikir-fikirkan lah, Semua orang boleh berjaya dan sebenarnya
semua orang dilahirkan sebagai orang yang berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan