--Apakah Hakikat Cinta--
Seringkali kita menyebut cinta,namun kita tidakkan mampu
menafsirnya dengan hanya satu maksud. Cinta adalah sesuatu yang sangat luas
maknanya dan selalu kita menafsirkan cinta itu ekslusif tertakluk kepada hanya
satu orang.

Kemudian, datang pula cinta ayah ibu. Cinta yang
berkemungkinan menjadi satu dimensi. Hanya ayah ibu akan menyayangi dan
mencintai anak-anak mereka, sedangkan, ada anak-anak tergamak menghantar
ayah ibu ke rumah-rumah orang tua.
Dan paling popular, cinta sesama manusia. Kita selalu
mengharapkan sesuatu yang abadi dari cinta dua kekasih hati. Namun, alangkah
sekali lagi tertipunya kita dengan "hakikat" ini. Allah menjadikan
hati manusia begitu besar dan penuh cinta. Mahu tidak mahu, kita pernah
bercinta, dicinta dan menyintai. Namun, pernah terjadi kita dilukai, dan kita
"berjanji" tidak akan jatuh cinta lagi.
Namun, bila pintu hati diketuk, kita kembali membuka hati
dan bercinta lagi. Kenapa? Kerana hati itu bukan milik seseorang. Hati
dan cinta itu milik Allah. Allah menciptakan hati manusia secara fitrahnya
penuh cinta dan kasih sayang.
Kita sayang dan cinta kepada ibu ayah. Lain cara kita
menyayangi ibu, dan lain pula cara kita menyayangi ayah. Kita cinta kepada
kakak, dan kita sayang kepada abang adik. Kita pernah menyintai A, dan kini
kita mencintai B. Bagi seorang insan bernama lelaki, lebih mudah mereka
mencintai seorang, dua, tiga atau ramai wanita dalam satu masa. Itu fitrah
mereka. Mereka cinta semuanya, cuma dengan cara dan situasi yang berbeza.
Wanita juga mampu melakukan begitu, cuma wanita lebih setia dan lebih beremosi.
Menyintai ramai orang dalam satu masa bukanlah perkara ajaib
atau buruk, kita juga ada mengalaminya. Ia seperti menyukai McDonalds dan KFC,
epal dan oren dalam satu masa. Bukan bermakna bila kita memilih, kita sudah
melupakan pilihan yang lain, cuma, dunia Allah ini luas dan bervariasi. Rugilah
jika kita hanya boleh memilih "satu" sahaja.
Cuma, wanita lebih gerun jika perlu "berkongsi".
Mereka lebih gusar jika tidak disayangi dan dicintai lagi. Namun hakikat kasih
sayang seorang lelaki, jika dilayan dengan baik dan penuh cinta, kasih sayang
dan perhatian mereka masih sama. Cuma mereka tidak buta. Lelaki fitrahnya
melihat dan melindungi. Fitrah lelaki suka kepada yang indah. Jadilah yang
indah di matanya. Indah itu subjektif.
Fitrah lelaki melindungi. Mereka mahu melindungi wanita yang
malang. Seorang lelaki perlu melindungi seseorang wanita yang teraniaya, dan
dia mungkin suami anda. Wanita tidak boleh melindungi wanita sepertimana lelaki
melindungi wanita. Wanita boleh menyokong secara emosi. Itu adalah tautan yang
paling kuat.
Berbalik kepada hakikat cinta dan menyintai, jangan ditanya
siapa di hati. Hati dan cinta itu sangat luas, sangat subjektif dan sangat
mendalam. Jangan berharap menjadi "yang satu" di hati, tapi
berusahalah menjadi "Nombor Satu" dihatinya. Cinta manusia tiada yang
hakiki. Ia boleh berubah dan diuji.
Kembalikan hati kita kepada Allah. Hati kita juga milik
Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma, bercintalah
dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia
dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau
berhenti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaaan
yang indah.Perasaan yang dikongsi itu benar.
Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila
diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat~atau mungkin juga menjauh. Allah
tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati- cuma sebenarnya Allah
ingin mengajarkan kita tentang sesuatu atau mengantikannya dengan sesuatu yang
lebih baik lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan