HAILAND dibahagikan kepada 77 Wilayah (Changwat) termasuk Wilayah yang paling bungsu ialah Wilayah Buengkan, yang telah diresmikan pada 3 Ogos 2010. Thailand dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu Utara, Timur Laut, Timur, Tengah, dan Selatan. Ada pun Selatan Thai dibahagikan kepada 14 Wilayah dan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Selatan bahagian atas dan Selatan bahagian bawah. Mulai dari Wilayah Chumpon hingga Wilayah Narathiwat (nama asal dalam Bahasa Melayu adalah Menara Tewas).
Bahasa Melayu dibicarakan di 5 Wilayah pembatasan Selatan Thai, seperti Wilayah Pattani, Narathiwat, Yala, Songkhla, dan Setul. Selain itu juga Bahasa Melayu masih dibicarakan oleh masyarakat Selatan bahagian atas seperti di Wilayah Terang, Pattalung, Krabi, Phuket, Nakonsritammarach, dan Suradthanee. Di Wilayah tersebut kadang hanya satu daerah atau satu kampung sahaja yang dapat berkomunikasi dengan Bahasa Melayu. Ada pun Bahasa Melayu di Thailand ini terbagi pada 2 dialek, sebahagian lebih cenderung ke dialek Kelantan dan sebahagian yang lain lebih ke dialek Kedah (Malaysia). Selain dari Selatan Thai juga masih terdapat daerah yang berbahasa Melayu seperti di Wilayah Pathumtani (dekat dengan Kota Bangkok) dimana di daerah tersebut kadang orang-orang yang lansia (lanjut usia) juga tidak dapat berbicara dalam Bahasa Thai. Mereka senantiasa menggunakan Bahasa Melayu dalam berkomunikasi harian. Dengan informasi ini dapat kita memahami bahawa di Thailand bukan hanya 5 Wilayah yang dapat berbicara dalam Bahasa Melayu, bahkan masih banyak daerah lagi yang penduduknya masih menggunakan Bahasa Ibunda Melayu dalam komunikasi harian.
